PM berlepas ke Iran lawatan tiga hari
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berlepas ke Iran hari ini untuk lawatan rasmi selama tiga hari.
Perdana Menteri, yang diiringi isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah selain Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan isteri, berlepas dengan pesawat khas berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang dekat sini selepas solat Jumaat.
Lawatan itu bertujuan merapatkan hubungan dua hala selain untuk meninjau peluang bagi mempertingkatkan lagi usaha sama sektor korporat antara kedua-dua negara.
Ha ni sorang lagi calon yang berada didalam kategori yang sama tetapi dalam kes yang berlainan a.k.a Gus Dur versi Malaysia, merapu pun sama dengan Josh Semak itu.
lebih afdhal jika kasut yang akan dibaling itu adalah jenis safety boot yang terpijak tahi anjing dikedua dua belah tapak.
bertambah tambah afdhal lagi kalau kasut itu menempek di muka tak hensem beliau yang berparut jerawat batu itu kih kih kih… kesian Janet

DIAIBKAN…Muntadar Al-Zeidi bangun secara tiba-tiba dari tempat duduk bahagian pemberita dengan memegang kasut di tangan kanannya ketika Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliki mengadakan sidang akhbar bersama di Baghdad, semalam manakala gambar di bawah (dari kiri ke kanan) dia melontar kasut ke arah Bush sambil melaungkan “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing! Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq.” Bush mengelak kasut yang dilontar dan berselindung di sebalik rostum ketika Muntadar mencapai satu lagi kasutnya sebelum melontar ke arah Bush sambil diperhatikan oleh Nuri Al-Maliki yang tergamam.