Darulmakmur.Net » kerja dari rumah

Tele-Kerja, Teleworking, T-Centre?
From Utusan:

BUTTERWORTH 27 Dis. – Kerajaan akan mewujudkan sistem tele-kerja atau teleworking iaitu sistem bekerja dari rumah bagi menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan suri rumah, ibu tunggal, pesara dan graduan menganggur.

Melalui sistem itu, kira-kira 7.1 juta rakyat Malaysia yang tidak tergolong dalam sektor tenaga kerja berpeluang menyertai pasaran buruh menerusi konsep Pusat Tele-kerja (T-centre) yang bakal diwujudkan kelak.

Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam berkata, selain memberi peluang golongan berpendapatan rendah memperoleh pendapatan menerusi pekerjaan di Internet, tele-kerja juga mampu mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing.

“Kita ada lebih 7.1 juta rakyat yang mempunyai kebolehan bekerja tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana pelbagai masalah seperti sudah mempunyai anak atau pesara yang tidak boleh keluar bekerja.

“Kalau kita boleh memanfaatkan sepenuhnya tenaga kerja dari golongan ini, dalam bidang tertentu mereka berpotensi menggantikan tenaga kerja asing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program tele-kerja anjuran Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia (YKSM) di sini hari ini.

Subramaniam berkata, kementerian itu sedang menyemak semula Akta Kerja 1955 bagi membolehkan aspek perundangan menyokong pelaksanaan sistem tele-kerja dan memberi manfaat yang saksama kepada pekerja dan majikan.

Pada masa sama jelasnya, kerajaan juga sedang merangka garis panduan kepada para majikan untuk mengenal pasti sektor-sektor yang berpotensi untuk dilaksanakan melalui sistem itu.

“Sistem tele-kerja ini mencetuskan kebimbangan majikan mengenai mutu kerja, masa penyampaian, isu kerahsiaan dan (masalah) ini menyukarkan ia dilaksanakan secara lebih berkesan.

“Oleh itu, semakan semula akta sedia ada akan membolehkan undang-undang melindungi majikan dan pekerja termasuklah dalam isu-isu kebajikan seperti cuti tahun dan faedah penamatan kerja,” jelasnya.

Beliau menambah, konsep tele-kerja tidak memerlukan peserta keluar bekerja, malah mereka mempunyai banyak masa menguruskan keluarga dan diberi latihan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kemahiran.

Sehubungan itu, beliau menggesa para majikan supaya bersikap lebih terbuka dan menerima konsep tele-kerja sebagai revolusi baru dalam menambah produktiviti selain mengurangkan kos dan sewa bangunan.

“Kalau dilihat bagaimana sistem tele-kerja yang dilaksanakan YKSM, sistem ini sebenarnya amat berkesan dalam memberi kemahiran kepada golongan berpendapatan rendah, malah majikan turut menerima manfaatnya,” katanya.

Subramaniam berkata, usaha kerajaan dalam meningkatkan kemudahan jalur lebar akan membantu menjayakan sistem tersebut selain aplikasi lain seperti e-Kerajaan, e-Kesihatan, e-Pendidikan dan e-Pembayaran.

Mari kita lihat kerja apakah yang dimaksudkan. jangan sampai kerajaan jual ebook suruh surirumah jadi reseller/affiliate sudah kahkah.