Archive for the ‘resepi’ Category

Masakan Campak-Campak

Wednesday, April 22nd, 2009

resepi-masak-main-campak-campak-terus-siap

Ha ni lah masakan main campak campak terus siap. Tadi pegi kedai fattah dengan akasah seme bangkai je tinggal. Malas pikir panjang main bantai je la masak.

So, menu hari ini adalah (sila refer gambar kecik je bukan gambar tengah)

Dari kiri atas: Singgang(pindang) Ikan tongkol/aya (pantai timur style), Daging goreng lada hitam, Telur goreng dengan kicap dan halia.

Dari kiri bawah: Terung Bakar (tambah bawang hiris, cili padi, kicap, limau nipis), Ikan bakar (haha kecik je ikan ni, makan dengan terung bakar tadi)

p/s – Dah macam apa je blog aku penuh dengan masak masak punya post

Nasi Minyak

Tuesday, April 21st, 2009

nasi minyak

Hari ni aku masak nasi minyak dengan kari ayam kelantan style dan ayam berempah. Tak buat acar sebab tak reti, kalau buat pun mesti tak sedap acar aku. nanti la aku belajar buat acar pulak. Oh ye lagi satu aku buat sambal sebab kalau takde sambal tak best hehe…

Mee Bakso

Tuesday, April 7th, 2009

mi bakso

Mi Bakso sendiri bikin dengan menggunakan Mee Kuning, Bebola Daging, Tauhu Telur, Daun Ketumbar, Daun Bawang, Sambal Kicap dan etc. Ingatkan nak suruh madame mintak resepi dari kawan dia si Dina tu tapi madame tgh duk demam so aku godek godek sniri je masak. Nak resepi sila tanya aku haha .

Anyway, big boss tak makan mee sebab perut dia jenis tak dapat nasi boleh jadi darah tinggi potpet potpet mulut dia so aku masak sayur lemak pucuk paku hijau & ikan kerisi/selar kuning goreng kunyit untuk orang tua tu. malas nak bubuh gamba aaa.

Masak Masak

Thursday, April 2nd, 2009

Lauk pauk based on ayam

Hari ni pegi shopping tengok ikan seme tahap bangkai, daging pulak tinggal daging liat so aku beli lah ayam hehe.

Kesimpulannya hari ni aku masak:

1. Kari Ayam
2. Kacang Panjang Goreng + ayam + hati ayam + telur
3. Ayam Goreng Kunyit
4. Ayam Masak Merah

Sekian terima kasih.

Masak Masak

Wednesday, April 1st, 2009

Oleh kerana tatau nak blog apa maka aku akan memblog mengenai lauk yang aku masak tengahari tadi haha.

masak-masak

Ok, lauk pada tengahari tadi aku masak adalah seperti berikut berpandukan kotak gamba kecik di belah kanan.. cewah

1. Ikan Kerisi & Ikan Kembung Bakar belah kiri pinggan dan Ikan Kerisi & Kembung Goreng belah kanan pinggan.
2. Sup Sayur (sawi + carrot + califlower + babycorn + petola etc)
3. Terung Bakar
4. Sambal Mangga Muda dengan kobis dan daun salad sebagai ulam.

Sempoi sikit lauk harini sebab aku just masak menggunakan apa yang tersisa kat rumah ni, malas nak shopping keh keh. Rasa macam blog surirumah la plak adoi.

Bila Orang Jantan Memasak

Tuesday, March 31st, 2009

resepi ayam penyet

Dari kanan atas: Sayur Goreng Campur (Bunga Kobis, Baby Sawi, Lobak, Baby Corn, Daging Lembu, Hati Ayam)

Dari kiri atas: Ayam Goreng (rebus dengan halia, serai, kunyit, garam kemudian deep fry)

Dari kanan bawah: Daun Salad, Timun, Tauhu Goreng (potong dan salutkan dengan tepung jagung + serbuk kari + garam kemudian deep fry) dan Sambal Goreng (tumbuk cili besar + cilipadi + halia + garam + gula kemudian goreng dengan minyak sikit)

Dari kiri bawah: Sup Ayam (ayam + rempah 4 sekawan)

Sedap dimakan bersama nasi panas dan juga tempe goreng sekali kalau ada hehehe