Berus Gigi Biru

Tadi Big Boss gua (bapak) mengamuk sebab berus gigi dia hilang, bising satu rumah. Dia pot pet mak gua sambil menceritakan mengenai spesifikasi berus gigi beliau iaitu berus gigi jenama colgate dengan tata hias berwarna biru (dalam hati gua: eh sama kaler macam berus gigi gua plak hehe). Cari punya cari akhirnya tak jumpa jugak. Mak gua mencadangkan agar Uncle Soli membelikan Bigg Boss berus gigi baru dengan spesifikasi sama seperti di atas, maka pergilah Uncle Soli ke seven eleven untuk membelinya.
Gua selepas itu masuk ke bilik air dan cuba cari berus gigi Big Boss yang hilang tersebut, sekali terserempak dengan berus gigi gua pulak . Apahal berus gigi gua ada dalam bilik air ni pulak kan padahal gua slalu simpan berus gigi gua dalam bilik gua. Gua kembali ke bilik tidur gua dan meninjau 360 darjah celcius. Alamak gua terambik berus gigi Big Boss laaa mampus lah gua.
Oleh kerana Uncle Soli sudah kembali bersama dengan berus gigi baru yang beliau beli di 7 eleven tersebut, maka gua menrancang untuk merahsiakan kejadian tragis itu. Sekarang Big Boss telah mendapat berus gigi baru, berus gigi gua pulak gua slow slow amik dari bilik air gua simpan di bilik manakala berus gigi Big Boss yang lama gua sorok dan sedikit hari lagi gua akan buang untuk menghapuskan barang bukti bagi mensabitkan kesalahan ke atas gua haha.
p/s - berus gigi gua sama kaler ngan Big Boss gua tapi brand beliau colgate, brand gua Oral B. Lagi satu gua berus gigi pakai berus gigi gua cuma tersilap ambil berus gigi Big Boss masa nak simpan dalam bilik ja.