Semalam aku pegi CIMB Pekan untuk withdraw duit buat belanja raya, ramai gila orang kat sana sampai takde tempat nak parking kereta. Terpaksa lah kereta diparking nun seberang sana jalan mengadap Pasar Besar Pekan (entah betul ke tak nama pasar ni).
Masuk je dalam CIMB mak aih ramai nye manusia sampai ada yang berdiri pulak dah. Aku picit la mesin nombo giliran yang mengeluarkan slip giliran bernombor “1100“, kat slip tu jugak tulis “nombor sekarang ialah 1031, kami akan melayan anda sebentar lagi” aaaa mampus lah menunggu. Lepas sejam sampai la giliran aku, terus je aku pegi kaunter withdraw duit. Aku tengok staff CIMB semua pakai badge bertulis something macam “Bank Rompak”. Aku tak dapat baca penuh mulanya sebab staff tu perempuan dan badge tu pulak lekat kat dada dia. Asal aku jeling badge tu je, dia jeling pulak kat aku, teruslah aku alih pandangan takut di cap sebagai pervert haha.
Tak lama lepas tu setelah penat bertungkus lumus mengushar dada staff pompuan tu barulah aku nampak badge dia bertulis “Bank rompak Bonus Kami 30%” lebih kurang macam tu lah bunyi dia. Ni sah sah masalah bonus ni lol. Bukan dia sorang je pakai, semua staff CIMB situ pakai. alaa kesiannya haha.
Sabar je lah, orang kerja kerajaan pun tak dapat bonus. tapi ada sumber aku dengar mengatakan fixed bonus RM500 akan dimasukkan kedalam akaun pekerja kerajaan sebelum raya atau sebelum tahun baru, ntah betul ntah tidak. Just tunggu dan lihat je lah.
Letih pulak menaip panjang panjang ni, oh ya! Saya dengan ini ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada tunang tersayang dengan ucapan ailebiu and hepi besday! hehe Sekian sahaja entry saya buat kali ini.

Thank you for the birthday wish my lovely fiance. I love you
lebiu too cherie, hihihi